Thursday, November 25, 2010

ALAT BANTU MENGAJAR 2

ALAT BANTU MENGAJAR 2
MURID SASARAN : Murid berpencapaian tinggi


AKTIVITI 2
KELAS                                   :  2  Baiduri
MASA                                                : 60 minit
MURID SASARAN              : Murid berpencapaian tinggi
HASIL PENGAJARAN                       : Murid dapat membandingkan isipadu dua cecair melalui
                                                       perbandingan secara langsung.
PENGETAHUAN SEDIA    : Murid-murid telah mengetahui nilai lebih atau kurang,
                                                   Sedikit atau banyak, rendah atau tinggi, kecil atau besar
MEDIA PENGAJARAN         : 
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN(Murid berpencapaian tinggi )
1. Guru membahagikan murid  secara berpasangan.
2. Setiap pasangan dibekalkan alatan yang berbeza yang diperlukan seperti yang terdapat dalam rajah dan  borang yang akan digunakan untuk merekod.
3. Dalam aktiviti berpasangan ini, salah seorang daripada murid dalam kumpulan itu dikehendaki membuat anggaran kapasiti air yang terdapat dalam bekas masing-masing.Anggaran tersebut direkodkan dalam borang yang dibekalkan.
Bekas
Besen kecil
Bekas silinder
Anggaran
                     ( gelas)
                  ( gelas)
Sukatan sebenar
                     ( gelas)
                  ( gelas)

4)Kemudian, setiap pasangan diminta untuk mengisi air yang terdapat didalam bekas masing-masing  ke dalam  cawan yang disediakan dan  merekodkannya ke dalam borang yang disediakan.



PENGENALAN

1.0    PENGENALAN
Isipadu cecair merupakan satu tajuk yang akan dipelajari oleh murid – murid tahun 2. Sebagai guru, kita perlu mendedahkan konsep ini dengan betul iaitu dengan menggunakan istilah –istilah yang mudah  tidak terkeliru dan dapat membantu pemahaman murid kepada sub- topic yang seterusnya.
     Pada peringkat awal ini kita perlu memperkenalkan kepada murid tentang definisi isipadu cecair iaitu jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas ataupun  bermaksud banyaknya muatan cecair atau kapasiti cecair di dalam sesuatu bekas.Guru perlu menekankan bahawa, isipadu cecair kadang kala sama walaupun bentuk dan saiz sesuatu bekas itu berbeza.Murid – murid mudah terkeliru dengan bentuk dan saiz sesuatu bekas iaitu mereka beranggapan bahawa sesuatu bekas yang besar atau tinggi mempunyai kapasiti yang lebih banyak berbanding bekas yang mempunyai bekas yang lebih rendah. Pada peringkat inilah, kita perlu memastikan murid – murid agar tidak tersalah konsep.
Bagi menerangkan konsep isi padu ini agar murid memahami dengan lebih jelas guru  boleh menggunakan bahan maujud atau alat bantu mengajar yang dekat dengan kehidupan seharian murid sebagai contoh beberapa  menggunakan cawan, botol minuman, mangkuk dan sebagainya sebagai alat penyukat. Unit rujukan pula adalah berpandukan alat penyukat yang digunakan.Guru boleh mengajar konsep ini dengan berkesan dengan  melakukan aktiviti - aktiviti memberi pengalamann langsung  dengan meminta murid  menggunakan beberapa bekas seperti botol air mineral, tin minuman ringan, dan lain-lain yang boleh didapati di sekitar mereka.

Thursday, October 21, 2010

Video Dari Internet.

Video ini adalah dipetik dari internet untuk menunjukkan bagaimana isipadu cecair disukat.  Tujuan video ini dimuatkan ke dalam blog ini adalah untuk menjawab soalan pertama tugasan yang diberi dan mencari ilham untuk membuat aktiviti seterusnya agar lebih menarik.