PENGENALAN

1.0    PENGENALAN
Isipadu cecair merupakan satu tajuk yang akan dipelajari oleh murid – murid tahun 2. Sebagai guru, kita perlu mendedahkan konsep ini dengan betul iaitu dengan menggunakan istilah –istilah yang mudah  tidak terkeliru dan dapat membantu pemahaman murid kepada sub- topic yang seterusnya.
     Pada peringkat awal ini kita perlu memperkenalkan kepada murid tentang definisi isipadu cecair iaitu jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas ataupun  bermaksud banyaknya muatan cecair atau kapasiti cecair di dalam sesuatu bekas.Guru perlu menekankan bahawa, isipadu cecair kadang kala sama walaupun bentuk dan saiz sesuatu bekas itu berbeza.Murid – murid mudah terkeliru dengan bentuk dan saiz sesuatu bekas iaitu mereka beranggapan bahawa sesuatu bekas yang besar atau tinggi mempunyai kapasiti yang lebih banyak berbanding bekas yang mempunyai bekas yang lebih rendah. Pada peringkat inilah, kita perlu memastikan murid – murid agar tidak tersalah konsep.
Bagi menerangkan konsep isi padu ini agar murid memahami dengan lebih jelas guru  boleh menggunakan bahan maujud atau alat bantu mengajar yang dekat dengan kehidupan seharian murid sebagai contoh beberapa  menggunakan cawan, botol minuman, mangkuk dan sebagainya sebagai alat penyukat. Unit rujukan pula adalah berpandukan alat penyukat yang digunakan.Guru boleh mengajar konsep ini dengan berkesan dengan  melakukan aktiviti - aktiviti memberi pengalamann langsung  dengan meminta murid  menggunakan beberapa bekas seperti botol air mineral, tin minuman ringan, dan lain-lain yang boleh didapati di sekitar mereka.